
Pada jumaat 28 Oktober 2011, aku bersama
anak ke 9 dan ke 10 menaiki kereta pergi ke rumah anak sulung di Kuala Lumpur. Anak ke 11 ku tidak turut serta kerana berada di asrama. Kami ke sana untuk menghadiri Majlis Konvokesyen anak ke 6 di PICC Putrajaya 29 Oktober 2011.
Pada pagi sabtu, kami ke PICC Putrajaya dengan menaiki 2 buah kereta. Menantu pertama dan cucu pertamaku turut serta. Selain anak ke 11, anak ke 7 juga tidak dapat turut serta kerana berkerja.
Selesai majlis konvokesyen, aku sekereta terus ke Low Yat untuk membeli net book anak ke 6. Selesai urusan, balik ke rumah anak sulungku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan