Isnin, 12 Disember 2011

HANTAR NAZIM MENYAMBUNG PENGAJIAN

Mulanya cadang nak hantar Nazim dengan kereta. Tapi ubah fikiran sebab memandu kereta berseorangan dalam jarak yang jauh memang memenatkan. Naik bas boleh tidur dan kos pula jimat. Jarak dari setesen bas Alor Setar ke KUIN pula sangat dekat, boleh jalan kaki sahaja. 

Pada 11.12.2011 malam bersama Nazim ke Alor Setar. Pergi naik bas dari Hentian Puduraya. Ke Hentian Puduraya dihantar oleh Hamdan dan Syifak dengan menaiki kereta. Bas lewat berlepas. Sampai di Stesen Bas Alor Setar kira-kira.7.30 pagi. Sepatutnya boleh sampai menjelang subuh.


Anak ke 8 ini mendaftar pada pagi  12.12.2011 di KUIN untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran Dan Qiraat selama 4 tahun.

Kepada Nazim, abah ingatkan:

1. Niat menuntut ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah.
2. Adab menuntut ilmu sentiasa dipelihara.
3. Bersungguh-sungguh untuk mencapai cemerlangan.
4. Tabah apabila ditimpa ujian.
5. Bijaksana dalam menangani sebarang masalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan