
Pada 11 September 2012 jam 1.40 pagi selasa bertambahlah cucu atuk menjadi 2 orang. Alhamdulillah Kak Long Rafidah selamat melahirkan anak kedua di HBKL. Kali ini lelaki. Beratnya 2.91 kg. Nama yang dicadangkan "Zayyad Zihni" bermaksud "semakin bertambah kekuatan akalku".
Rasa tak sabar hendak melihat cucu lelaki pertama ini. Tetapi kena tunggu petang jumaat sebab nak bawa bersama 3 orang anak yang duduk di asrama. Syafi, Syifak dan Nafis akan balik dari asrama petang jumaat nanti. Tentu mereka juga tak sabar-sabar hendak melihat anak saudara baru...
Kemungkinan kesemua 11 orang anak dapat berkumpul bersama-sama di sana. Insya Allah. Anak yang berada jauh Nadiah (di Kelantan), Nazim (di Kedah), Hamdan (di Melaka) dan Izni (di Melaka) dah beritahu nak ke sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan